
Melaka tubuh ‘pasukan’ tangani babi hutan – EXCO
BATU BERENDAM 26 Jan- Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa bertindak khas (task force) bagi menangani masalah babi hutan dikesan berkeliaran di beberapa kawasan penempatan di negeri ini.
EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Rahman berkata task force itu membabitkan petugas daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Katanya, aduan daripada orang ramai yang berasa terancam dengan kehadiran haiwan liar itu juga semakin kerap diterima pihaknya.
“Isu babi hutan ini kita telah mengambil tindakan menerusi PERHILITAN dan sudah mewujudkan task force untuk menanganinya kerana penduduk berasa terancam.
“Malahan ada juga aduan diterima babi hutan ini turut merosakkan tanaman hingga ada antara pengusaha tanaman menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bayaran Insentif Sara Hidup secara One-Off kepada 1,176 nelayan berdaftar negeri Melaka tahun 2022 di Lembaga Perikanan Melaka, di sini, semalam.
Terdahulu, Razak mengulas laporan media berhubung 400 penduduk di Kampung Kelongkong, Tanjung Kling yang berasa resah dengan kehadiran babi hutan hingga menggangu rutin harian mereka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MUBARAK ALI, LEGENDA TAKRAW YANG TIDAK DILUPAKAN
KESIDANG 21 Jun - Walaupun negerinya kecil, siapa sangka Melaka pernah melahirkan ramai bintang dalam acara sukan, termasuklah sepak takraw....
MTSB GILAP BAKAT CILIK MELALUI KEJOHANAN RAGBI PIALA TOK AJAK 2026
TELOK MAS 21 Jun - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) komited mencungkil dan menggilap bakat muda dalam sukan ragbi menerusi...
LIMA TAHUN TOK AJAK, 328 PROJEK PEMBANGUNAN DIBAWA KE TELOK MAS
TELOK MAS 21 Jun - Dalam tempoh lima tahun diberi mandat oleh rakyat memimpin Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas,...
TOK AJAK TERHARU SOKONGAN PADU ORANG TELOK MAS
TELOK MAS 21 Jun - Sambutan luar biasa yang diterima sepanjang seminggu berlangsungnya Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR BERJAYA SELESAI 2,633 ADUAN RAKYAT
TELOK MAS 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti membawa impak besar dalam aspek kesejahteraan masyarakat apabila...
KOTA MELAKA TERIMA PROJEK PEMBANGUNAN RM495 JUTA DALAM TEMPOH 3 TAHUN
TELOK MAS 21 Jun - Dalam tempoh tiga tahun bermula dari 2023 hingga 2026, sebanyak 20 projek pembangunan bernilai hampir...
