
Wajah baharu air terjun Bukit Sebukor selepas ini
AYER KEROH 27 Jan – Persekitaran air terjun buatan di Bukit Sebukor akan terus diperindahkan dan dihiasi pelbagai tarikan baharu tidak lama lagi.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata, mercu tanda pelancongan itu bakal berada dalam jajaran pentadbirannya selepas ini.
“Air terjun itu merupakan antara kawasan yang akan diwartakan dibawah pentadbiran MBMB selepas selesai proses penentuan sempadan jajaran pentadbiran antara MBMB dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
“Insyallah kita akan cuba mengindahkan lagi mercu tanda itu dan ia pasti akan berwajah baharu serta dilengkapi pelbagai tarikan pelancong,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Zainal berkata, pihaknya sedang menunggu pewartaan itu daripada Unit Kerajaan Tempatan diikuti penyerahan aset secara fizikal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ADUAN RAKYAT JADI PANDUAN KERAJAAN NEGERI RANGKA DASAR MASA DEPAN
TELOK MAS 1 November - Suara dan permasalahan rakyat peringkat akar umbi perlu menjadi antara asas utama Kerajaan Negeri dalam...
RAMAI PENYOKONG BELUM BERERTI MENANG – AB RAUF
TELOK MAS 1 November - Kehadiran ribuan penyokong pada hari penamaan calon bukan ukuran sebenar kekuatan sesebuah parti, sebaliknya sokongan...
PRN MELAKA: JANGAN SABOTAJ PARTI, TOK RAUF INGATKAN JENTERA BN
PANTAI KUNDOR 1 November - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak melakukan sabotaj ke atas parti sehingga menjejaskan peluang...
PRN MELAKA: 70 TAHUN SETIA KAWAN, AB RAUF MAHU MCA MENANG DI KLEBANG
KLEBANG 1 November - Sejarah kerjasama lebih 70 tahun antara UMNO dan MCA perlu terus dipertahankan menerusi semangat setia kawan,...
PRN MELAKA: REKOD LIMA TAHUN PENTADBIRAN MODAL KEMPEN BN
TELOK MAS 1 November - Rekod pencapaian dan khidmat kepada rakyat sepanjang lima tahun mentadbir Melaka menjadi taruhan utama Barisan...
PANTAI KUNDOR MENITI GELOMBANG EKONOMI BAHARU, NASIB NELAYAN TERUS DIBELA
PANTAI KUNDOR 1 November - Kawasan Pantai Kundor berpotensi menjadi hab ekonomi biru baharu Melaka menerusi pembangunan merangkumi aktiviti pelabuhan,...
