
PRN Johor: 2.57 juta pengundi biasa layak mengundi
JOHOR BAHRU, 30 Jan – Seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah keseluruhan itu, 22,536 orang merupakan pengundi awal melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,578 pula anggota polis dan pasangan mereka.
Menurut data yang diwartakan SPR pada 17 Jan lepas, jumlah pengundi tidak hadir luar negara adalah seramai 376 orang di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengundi boleh membuat semakan awal melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my., aplikasi MySPR Semak dan Hotline SPR menerusi talian 03-88927018.
Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.
SPR dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada 9 Feb ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BELIA DURIAN TUNGGAL MAHU LEBIH BANYAK PELUANG KURSUS KEMAHIRAN, IDENTITI WARISAN KAMPUNG DIKEKALKAN
DURIAN TUNGGAL 23 September - Belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal mahu peluang mengikuti bengkel kemahiran praktikal dan...
MPHTJ ANJUR PROGRAM CINTAKAN ALAM SEKITAR UNTUK MURID TABIKA
AYER KEROH 23 September - Aktiviti menanam pokok bersama keluarga di Taman Botanikal memberi pengalaman baharu kepada 21 murid Tabika...
HASN 2026: MPJ DIIKTIRAF PERINTIS TENAGA BOLEH BAHARU, KELESTARIAN AGRO
JASIN 24 September - Inisiatif Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memasang 87 unit lampu solar di lokasi awam serta sistem lampu...
HASN 2026: MBMB TERIMA ANUGERAH BANDARAYA WARISAN HIJAU
AYER KEROH 24 September - Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam memastikan kelestarian dan kebersihan Bandaraya Melaka mendapat pengiktirafan...
TARIKH LAHIR SAMA, NOAH AR RAUF ‘HADIAH’ ISTIMEWA BUAT AB RAUF
AYER KEROH 23 September - Kehadiran cucu ketiga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membawa makna istimewa buat...
10,000 GOLONGAN SASAR BAKAL TERIMA MANFAAT KAD RAHMAH BLOOM MEKAR MEDIPULIH
DURIAN TUNGGAL 23 September - Lebih 10,000 golongan B40, warga emas, ibu atau bapa tunggal dan masyarakat Orang Asli di...
