KKMM perbanyak sesi libat urus bersama pemain industri kreatif- Annuar

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

MASJID TANAH 30 Jan – Sesi libat urus antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama penggiat industri kreatif akan terus dipergiat dalam usaha menyelesaikan permasalahan dihadapi.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ia bagi memastikan kementeriannya mendengar luahan dan permasalahan dihadapi pemain industri itu.

Katanya, kerajaan tidak meminggirkan golongan itu kerana mereka adalah sebahagian daripada Keluarga Malaysia.

“Kita tidak mahu ada budaya tuding jari pada pihak tertentu (jika timbul masalah).

“Konsep Keluarga Malaysia kita adalah satu. Konsep Keluarga Malaysia siapa susah siapa senang kita tanggung bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Santai #KELUARGAMALAYSIA @ Melaka di Vila D’Acqua Masjid Tanah,hari ini.

ANTARA pemain industri kreatif yang hadir bergamvar bersama Annuar (tengah) dalam Program Sembang Santai #KeluargaMalaysia@Melaka di Villa D’Acqua, Masjid Tanah di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) Junady Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Mahadhir Aziz.

Sementara itu, dalam program Sembang Santai itu, Annuar berkata sumbangan industri kreatif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih rendah.

Katanya, industri itu hanya menyumbang sekitar lima hingga enam peratus setahun dan beliau mahu ia dipertingkatkan menerusi transformasi pendigitalan negara.

“Sekarang ini kita nak membudayakan seluruh rakyat supaya menyertai gelombang besar digitalisasi yang berlaku secara global kerana kalau lambat kita akan tertinggal.

“Hal ini sekaligus mampu menjana pendapatan kepada individu dan negara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

671
Kongsi :
Previous post PRN Johor: 2.57 juta pengundi biasa layak mengundi
Next post Tiada varian Omicron pada tiga kluster pendidikan baharu
Ubah saiz-+=