
Sokongan Keluarga Malaysia penting kepada pesakit kanser – PM
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Sempena Hari Kanser Sedunia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sokongan Keluarga Malaysia kepada pesakit kanser amat penting untuk mereka terus berjuang melawan penyakit itu.
Dalam hantaran di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata beliau percaya ramai antara kalangan Keluarga Malaysia yang mempunyai saudara mara atau rakan yang bertarung dengan kanser.
Jelasnya ini termasuk beliau sendiri yang mempunyai pegawai yang menghidap kanser payudara namun terus survive setelah lapan tahun bertarung.
“Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser. Pengesanan awal dapat meningkatkan peluang untuk sembuh,” katanya.
Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Feb dengan tema tahun ini iaitu Close the Care Gap atau Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF LIHAT MELAKA LANDASAN KEBANGKITAN BN KE PUTRAJAYA
TANJUNG BIDARA 2 November - Kestabilan politik di Melaka mahu dijadikan model pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk diperluaskan ke peringkat...
PRN MELAKA: OBOR PERJUANGAN VETERAN MUBARAK TERUS MENYALA
TANJUNG BIDARA 2 November - Usia bukan penghalang kepada barisan veteran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) untuk terus menyumbang...
PRN MELAKA: AB RAUF BONGKAR RAHSIA TERSIRAT BENDERA UMNO
TANJUNG BIDARA 2 November - Bendera UMNO bukan sekadar lambang parti, sebaliknya mempunyai makna dan tafsiran sejarah yang dikaitkan dengan...
PRN MELAKA: BEKAS WAKIL RAKYAT, VETERAN UMNO GABUNG TENAGA BANTU KEMPEN BN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 2 November - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) dan veteran UMNO turut menggerakkan usaha kempen Barisan Nasional...
PRN MELAKA: 8,569 KERTAS UNDI POS DIKELUARKAN
AYER KEROH 2 November - Sebanyak 8,569 kertas undi pos dikeluarkan kepada pengundi yang layak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...
PRN MELAKA: KAMPUNG SUNGAI PETAI DEKAT DI HATI AZRIL
REMBIA 2 November - Kampung Sungai Petai mempunyai tempat istimewa di hati calon nombor dua Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
