
Bapa ditahan kes bayi terkena minyak panas
DUYONG 11 Feb – Bapa kepada bayi perempuan yang dipercayai terkena minyak panas susulan pergaduhannya bersama isteri ditahan di sebuah rumah di Semabok Dalam, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, anggota polis di Balai Polis Kandang menerima maklumat orang awam memaklumkan pergaduhan antara suspek berusia 24 tahun dan isterinya berusia 22 tahun di lokasi kejadian pada jam 6.30 petang.
Katanya, laporan awal diterima turut mendapati bayi pasangan itu berusia empat bulan terkena curahan minyak panas ketika pergaduhan itu berlaku.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku bayinya terkena minyak panas.
“Bayi berkenaan kini dirawat di Hospital Melaka dan kes itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Terdahulu, insiden malang itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Setakat jam 8 malam, hantaran itu telah mendapat lebih 200 tanda suka, 51 komen dan tiga perkongsian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SENTUHAN KASIH EMGS RINGANKAN BEBAN 300 PENDUDUK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Oktober - Seramai 300 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima manfaat menerusi sumbangan bantuan...
AB RAUF, KETUA MENTERI ‘GRED A’
KESIDANG 19 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri merancakkan sektor pelancongan menerusi penganjuran pelbagai program dan acara memberikan impak positif kepada ekonomi...
ORANG ALOR GAJAH PUJI PENTADBIRAN MESRA RAKYAT, TURUN PADANG DIAMALKAN TOK RAUF
MACHAP JAYA 19 Oktober – Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri sepanjang kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
BUKAN DEMI RUPA, DUA PESERTA BIGGEST LOSER PILIH HIDUP LEBIH SIHAT
AYER KEROH 19 Oktober – Bukan sekadar pertandingan menurunkan berat badan, The Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MPAG SEDIA KIOS LAYAN DIRI, PERLUAS TRANSAKSI TANPA TUNAI
ALOR GAJAH 19 Oktober - Orang awam kini mempunyai alternatif untuk membuat pembayaran perkhidmatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dengan...
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK PASTIKAN MENARA TAMING SARI MERIAH SAMPAI HUJUNG TAHUN
TELOK MAS 19 Oktober - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) merancang beberapa program sampingan bagi mempelbagaikan tarikan aktiviti pelancongan di...
