
Chap Goh Mei: Hanya bunga api ‘Happy Boom’, mercun ‘pop-pop’ dibenarkan – polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata ini kerana bunga api dan mercun berkenaan tidak mengandungi bahan bakar yang boleh membahayakan keselamatan.
Bagaimanapun, beliau berkata penjualan kedua-dua produk itu masih memerlukan permit dari Ibu Pejabat Polis Daerah dan mengikut spesifikasi ditetapkan.
“PDRM mengingatkan orang ramai bahawa larangan memiliki, menjual, membeli dan bermain mercun serta bunga api masih lagi berkuat kuasa sempena mana-mana perayaan termasuklah sambutan Tahun Baharu Cina dan perayaan Chap Goh Mei,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, sesiapa didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api selain daripada yang dibenarkan, boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).
Abd Jalil berkata mereka yang bermain atau membakar mercun dan bunga api dilarang juga boleh dihukum penjara tidak melebihi sebulan atau denda sehingga RM100 atau kedua-duanya mengikut peruntukan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...
PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANGKAT SUNGAI MELAKA DESTINASI BERPRESTIJ SUKAN AIR
BANDA HILIR 28 Jun - Sungai Melaka terus membuktikan keupayaannya sebagai destinasi berprestij acara sukan air bertaraf antarabangsa apabila berjaya...
INDUSTRI NANAS MELAKA TERUS BERKEMBANG
BANDA HILIR 28 Jun - Industri nanas di Melaka terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila keluasan tanaman komoditi itu meningkat lebih...
1,000 PESERTA MERIAHKAN KARNIVAL CERIA SIMPAN SSPN
BANDARAYA MELAKA 28 Jun - Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026 berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 orang...
MELAKA PERUNTUK RM4.41 JUTA PERKASA PROGRAM PEMULIHAN OKU
SERKAM 28 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM4.41 juta bagi menyokong pelaksanaan Program Pemulihan Dalam...
360 CALON SPM MELAKA NIKMATI TUISYEN MATEMATIK TAMBAHAN PERCUMA
MERLIMAU 28 Jun - Seramai 360 pelajar Tingkatan Lima di Melaka bakal menikmati tuisyen Matematik Tambahan secara percuma menerusi Program...
