
Hameed periksa jalan merekah
AYER LIMAU 18 Feb – Hakisan pada pembentung menyebabkan berlaku rekahan pada permukaan Jalan Kampung Ramuan China Kechil – Lubok China mendapat perhatian segera Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Hameed berkata, perkara itu disedari ketika beliau dan rombongan melalui jalan berkenaan selepas selesai program ziarah kasih di Kampung Datuk Setia dan Kampung Ramuan China Kechil, semalam.
“Kami berhenti untuk melakukan pemeriksaan dan nampak dengan jelas ada rekahan pada permukaan jalan dipercayai akibat pembentung yang terhakis.
“Susulan itu saya terus hubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan susulan, jika dibiarkan kerosakan lebih serius boleh berlaku,” katanya, semalam.
Beliau menasihatkan pengguna laluan terbabit supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dan berharap kerja pembaikan dilakukan segera pihak berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ANUGERAH PRESTASI CEMERLANG SUNTIK SEMANGAT GURU MUDA JAIM TERUS TABUR BAKTI
BANDA HILIR 4 Julai - Pengiktirafan diterima daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menjadi suntikan semangat buat 149 penerima Anugerah...
MIHF 2026 SASAR 530 USAHAWAN, NILAI JUALAN RM20 JUTA
PENGKALAN BATU 3 Julai - Melaka kembali menjadi tumpuan industri halal dalam dan luar negara pada 7 hingga 9 Ogos...
DUN SERKAM TERIMA DUA MASJID BAHARU
SERKAM 3 Julai - Komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyuburkan syiar Islam diterjemahkan menerusi pembinaan dua lagi masjid baharu di...
TYT RASMI MASJID JAMEK AL-FAIZIN KAMPUNG BUKIT TEMBAKAU
SERKAM 3Julai - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Jamek...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM HALAL, LAHIR AUDITOR KOMPETEN
PENGKALAN BATU 3 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) komited untuk melahirkan lebih ramai pegawai pemeriksaan...
‘RUMAH NENEK PATIMAH SUDAH TAK BOCOR’
SERKAM 3 Julai - Patimah Jantan, 71, tidak berhenti tersenyum kegembiraan selepas melihat kediamannya yang sebelum ini uzur dan berusia...

