
PM seru rakyat ambil peluang inisiatif peluang kerjaya anjuran KPT
BATU PAHAT, 18 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru masyarakat mengambil peluang untuk memanfaatkan pelbagai inisiatif berkaitan peluang kerjaya yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Beliau berkata melalui program seperti PENJANA KPT-CAP, PENJANA KPT-PACE, dan GetHired@KPT serta MyFutureJobs akan membantu mengurangkan lagi kadar pengangguran di negara ini ke paras di bawah 4.2 peratus.
“Apa yang pasti, program-program ini adalah berbentuk titik sentuh dan bertujuan untuk menyantuni keperluan denyut nadi rakyat,” katanya semasa berucap pada Karnival KPT Keluarga Malaysia di Parit Sulong, dekat sini hari ini.
Memberi contoh, Ismail Sabri berkata seperti program MYFutureJobs, berdasarkan rekod yang ada sebanyak 63,990 jawatan kosong di Johor ditawarkan melalui portal program berkenaan.
“Untuk tempoh karnival ini sahaja, saya difahamkan lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan. Justeru, saya menyeru semua yang hadir, untuk mengambil peluang ini dan menguar-uarkan juga kepada saudara- mara di luar sana yang memerlukan pekerjaan,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
