
Polis tahan seorang lelaki, buru enam lagi suspek
IPOH, 20 Feb – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan di tempat letak kereta di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini, pada pukul 11.50 malam dan direman selama empat bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
“Polis masih mengesan enam lagi lelaki tempatan (suspek) yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata insiden kekecohan di hospital itu adalah rentetan pergaduhan seorang suspek dengan ahli keluarga teman wanitanya di Jalan Sekolah di Guntong di sini.
Menurutnya polis menerima dua laporan mengenai dua kejadian kekecohan yang saling berkaitan berlaku di HRPB dan Guntong.
Beberapa video yang tular dalam media sosial memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki dengan pengawal keselamatan HRPB.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...

