
116 pegawai, anggota IPD Timur Laut positif COVID-19
GEORGE TOWN, 7 Mac – Seramai 116 pegawai dan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut disahkan positif COVID-19 dalam tempoh seminggu lepas, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong.
Soffian berkata mereka dijangkiti COVID-19 kategori satu dan dua serta sedang menjalani kuarantin di kediaman masing-masing.
“Selain pegawai dan anggota berkenaan, seramai 134 ahli keluarga mereka turut positif wabak itu. Tiada sesiapa dirawat di hospital setakat ini kerana mereka dalam kategori satu dan dua,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata jangkitan wabak itu dalam kalangan pegawai dan anggota setakat ini tidak mengganggu penugasan dan operasi di IPD Timur Laut.
Katanya pihaknya menjalankan sanitasi secara berkala di premis berkenaan selain memastikan polis dan orang ramai yang berurusan di situ mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...

