
27 individu dikompaun langgar SOP PKPP
AYER KEROH 26 Ogos – Padah berhibur lebih masa 27 individu ditahan serta dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam serbuan di sebuah premis di Kota Laksamana, di sini, kelmarin.
Kesemua mereka 17 lelaki termasuk dua penjaga premis dan 10 wanita berusia antara 20 hingga 43 tahun ditahan dalam serbuan Op Noda, kira- kira jam 3.50 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, kesemua mereka didapati berkumpul di premis tanpa mematuhi arahan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPP.
“Ketika serbuan dilakukan mereka didapati melanggar SOP PKPP seperti tidak mematuhi penjarakan fizikal selain premis itu juga beroperasi lebih masa.
“Saman juga turut dikeluarkan ke atas penjaga premis kerana didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan yang sah,” katanya.
Beliau berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.
“Mereka yang ditahan diambil tindakan kompauan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No. 7) 2020,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
DRVM: MESIN PINTAR MBMB UBAH BAHAN BUANGAN JADI SUMBER PENDAPATAN
AYER KEROH 28 September - Bahan buangan yang selama ini dianggap tidak bernilai kini boleh ditukar kepada sumber pendapatan sampingan...


