MARDI tarik minat belia ceburi bidang pertanian dan keusahawanan

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BUKIT KATIL 26 Ogos – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah menganjurkan program AGORA-22 Agropreneur Muda MARDI 2020 Zon Selatan bertempat di Bayou Lagoon, di sini, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan bagi bagi mencakna minat usahawan-usahawan muda menceburi bidang pertanian selain memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan terutamanya golongan belia berkenaan konsep keusahawanan moden, asas perniagaan, dan sesi ceramah teknikal tanaman dan industri asas tani.

Menurut peserta AGORA- 22, Shaihi Nur Izza yang menjalankan perniagaan kuih muih tradisional, perkara yang dipelajari sepanjang mengikuti program agroprenuer muda MARDI ialah bagaimana mengembangkan lagi idea dan meluaskan perniagaan.

“Saya dapat mendalami ilmu tentang perniagaan dari segi kewangan dan masalah yg dihadapi serta jalan penyelesaiannya, contohnya seperti, task Business Modal Canvas (BMC) dan membuat rancangan perniagaan dalam masa lima tahun akan datang dalam perniagaan saya terutama dari segi kewangan,” ujar Shaihi.

Manakala bagi usahwan muda, Atif Sheikh Ismail yang mengusahkan produk Bawang Goreng Atin berkata, menyertai program AGORA 22 Zon Selatan amat memberi impak positif dalam menjalankan perniagaan dari segi menambah baik, promosi dan projek pembangunan.

“Saya amat berbangga dapat bertemu dengan usahawan-usahawan muda lain dan berkongsi idea dan pandangan dalam memajukan lagi perniagaan saya.

“Harapan saya agar MARDI dapat membantu memberi geran kepada saya bagi membeli mesin-mesin keperluan supaya dapat meningkatkan lagi pengeluaran dan membawa jenama tempatan ke pasaran antarabangsa,” katanya.

Program tersebut dikendalikan oleh dua tenaga pengajar yang berpengalaman, Pensyarah Kanan dan Dekan Fakulti Pengurusan Universiti Multimedia (MMU) Dr. Mohd Fairuz Abd Rahim dan Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Pengarah Pusat Pembangunan Usahawan (MMU), Dr. Ong Jeen Wei.

Majlis Penutup AGORA-22 dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) MARDI Azman Saad.

Turut hadir Pengarah MARDI Melaka Nik Adli Nik Muhammad, Pengarah MARDI Johor Saniah Kormin, Timbalan Pengarah Program Agropreneur Muda MARDI, Abu Bakar Mohd Hanim dan Timbalan Pengarah Program Pembangunan Usahawan MARDI, Mohd Nizam Mohd Nizat.

Views:

561
Kongsi :
Previous post 27 individu dikompaun langgar SOP PKPP
Next post Semarak bulan kemerdekaan di Kampung Orang Asli Gapam Baru
Ubah saiz-+=