
Pesara rugi RM50,000 diperdaya ‘Datuk Reduan’
TELUK INTAN, 9 Mac – Seorang pesara kerugian lebih RM50,000 akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian Macau Scam sewaktu berada di rumahnya di sini, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata pada awalnya, lelaki berusia 61ย tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan dirinya daripada pihak Telekom Malaysia dan memberitahu mangsa mempunyai tunggakan bil telefon.
“Pesara ituย menafikan dan mendakwa mungkin adaย orang lain yang menyalahgunakan namanya, sebelumย panggilanย itu kemudian dipindahkan kepada individu yang mendakwa dirinya sebagai ‘sarjanโ di Seremban, Negeri Sembilan.
โSuspek mendakwa kononnya telah melakukan semakan dalam sistem yang mendapati pesara ituย terlibat dalam kes penggubahan wang haram. โSarjanโย tersebut menyatakan dia tidak dapat membantu mangsa dan menyambungkan panggilanย kepada ‘pegawai’ di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang menyamar sebagai โDatuk Reduanโ,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sebaik kononnya disambungkan denganย โDatuk Reduanโ itu, pesara tersebut telahย dimintaย mengeluarkan wangnya malah turut menyerahkan maklumat perbankan akaun isterinya bagi menyelesaikan masalah dihadapi termasuk untuk semakan Bank Negara Malaysia (BNM).
โโDatuk Reduanโ mendakwa ingin membantuย dan meminta maklumat akaun mangsa sertaย isteriย untuk pindahkan wang dalam akaun pengadu ke akaun lain bagi tujuan semakan BNM. Suspek kemudian telah mengambil alih akaun pesara ituย dengan memindahkan wang mangsa dan isteri kira-kira RM57,200 ke akaun pihak ketiga yang belum dikenal pasti,โ katanya.
Ahmad Adnan berkata pesara tersebutย yang menyedari ditipuย kemudiannyaย membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Justeru, beliau mengingatkanย orang ramaiย jangan mudah percaya dengan tindakan licik sindiket Macau Scam ini dengan mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.ย – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


