
Dicekup lapan hari selepas samun kedai serbaneka 24 jam
ALOR GAJAH 11 Mac – Dua lelaki ditahan polis kerana melakukan samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka 24 di Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian jam 5.58 pagi 4 Feb lalu suspek bersenjatakan parang memasuki premis berkenaan sebelum mengarahkan pekerja bertugas menyerahkan wang.
“Ketika kejadian suspek turut mengacu senjata beberapa kali kearah pekerja terbabit, kerana berasa terancam mangsa menyerahkan sampul mengandungi wang RM300.
“Suspek kemudian keluar dari premis dan beredar bersama rakannya yang menunggu diluar menggunakan sebuah motosikal yang tiada nombor pendaftaran,” katanya.

Beliau berkata, susulan laporan diterima pihaknya menahan kedua-dua suspek di Kampung Hilir, Kuala Sungai Baru.
“Kami turut merampas pakaian, topi keledar dan senjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
“Semakan dijalankan pula mendapati suspek terbabit dalam sembilan kes termasuk curi tabung masjid, samun serta curi motosikal,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video pendek rakaman kamera litar tertutup (CTV) membabitkan kejadian samun terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR SEDIAKAN 300 STESEN PENGECAS EV
GADEK 11 Disember - Melaka menyasarkan untuk membina 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan negeri ini sentiasa bersedia...
LONJAK KEDUDUKAN MELAKA SEBAGAI PANGKALAN STRATEGIK EV DI ASEAN
GADEK 11 Disember - Melaka bukan sahaja tersohor sebagai destinasi bersejarah, sebaliknya negeri ini bakal melonjak naik sebagai hab pembuatan...
PENGAKAP ASET NEGARA, PLATFORM LAHIR PEMIMPIN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Disember – Pergerakan Pengakap terus diiktiraf sebagai antara aset terpenting dalam pembangunan belia negara selepas lebih 117...
JANGKITAN HIV DI MELAKA MENURUN 30 PERATUS
AYER KEROH 11 Disember - Kes HIV di Melaka mencatatkan penurunan hampir 30 peratus telah direkodkan pada 2024 berbanding 2010....
SYIAR ISLAM SUBUR DI BAWAH KEPIMPINAN AB RAUF – MUFTI MELAKA
PENGKALAN BATU 11 Disember - Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh amat komited mempergiat usaha...
MELAKA TERIMA KUTIPAN ZAKAT RM112 JUTA
SERI NEGERI 11 Disember - Sejumlah RM112 juta kutipan zakat diterima Kerajaan Negeri melalui Zakat Melaka sejak Januari hingga 30...
