
Pengawal keselamatan maut, seorang cedera ditembak di Puchong Prima
KUALA LUMPUR, 11 Mac – Polis mengesahkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat van membawa wang tunai maut ditembak manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal keselamatan van yang membawa sejumlah wang tunai.
“Setakat ini, polis masih menyiasat sama ada mereka hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk di bawa ke bank berkenaan.
“Suspek yang terlibat berjaya meloloskan diri,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun motif kejadian belum dikenal pasti. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
NADI BANTU USAHAWAN LUAR BANDAR BERJAYA
TELOK MAS 8 Mei - Kewujudan 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terbukti membawa impak cukup besar kepada rakyat dalam...
NADI TAMAN SERI TELOK MAS DILANCARKAN
TELOK MAS 8 Mei - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Seri Telok Mas menjadi yang terbaharu dibangunkan di negara...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA, INISIATIF BISTARI SOKONG PRODUK SENI MELAKA
KLEBANG 8 Mei - Pementasan Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata antara inisiatif dilaksanakan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat...
190 PUSAT KOMUNITI DESA DIAKTIFKAN BERSAMA ‘NADI’
TELOK MAS 8 Mei - Sebanyak 190 Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara bakal diaktifkan untuk berfungsi menjadi seakan-akan...
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI JASIN TEROKA DUNIA LOGISTIK
AYER KEROH 8 Mei - Seramai 30 pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) bersama dua pensyarah pengiring dari Kolej Komuniti...
WRUR AYER MOLEK: SELESAI ADUAN RAKYAT IKUT KATEGORI
AYER MOLEK 8 Mei - Aduan diterima sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...

