
Ahli dan penyokong UMNO perlu terus kerja kuat – Annuar
KUALA LUMPUR, 18 Mac – Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli dan penyokong UMNO untuk terus bekerja kuat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.
Beliau berkata UMNO tidak boleh terlalu selesa dengan kemenangan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, baru-baru ini.
“Jangan ingat segalanya sudah ok. (selepas kemenangan di PRN Johor) dan jangan gopoh dalam sebarang tindakan. Belajar dari pengalaman lalu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ketereh.
Annuar berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Tan Sri Annuar Musa bersama sahabat di sebuah hotel di ibu negara yang dihadiri kira-kira 300 jemputan termasuk perwakilan UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2021, di sini.
Menegaskan bahawa beliau tidak mengharapkan sebarang jawatan di dalam parti, Annuar berkata beliau kini hanya ingin membantu UMNO secara ‘habis-habisan’ dalam meraih kepercayaan rakyat.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKUKUH AKIDAH 20 ANGGOTA TENTERA MUALAF
SUNGAI UDANG 23 Oktober - Memperkukuh pegangan akidah dan membina kefahaman agama yang tepat dalam kalangan anggota tentera menjadi fokus...
DUN SARAWAK BUBAR BERKUAT KUASA 26 OKTOBER – ABANG JOHARI
KUCHING 23 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Okt, bagi memberi laluan kepada Pilihan...
SEBALIK DERITA KANAISEN, ‘YB ALONG’ HADIR BAWA SINAR
ASAHAN 23 Oktober – Ketika dia dalam kelelahan menanggung pelbagai beban dan dunia umpama meminggirkan dirinya, P Kanaisen, 58, menderita...
CSR ZOO MELAKA: BERBAKTI SAMBIL MENIKMATI ALAM
AYER KEROH 23 Oktober – Keluar daripada rutin pejabat untuk menanam pokok, mengecat dan membersihkan persekitaran zoo memberi pengalaman berbeza...
RINDU MASAKAN SARAWAK, ROHADATUL BINA PERNIAGAAN AYAM MADU BORNEO DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Bermula dengan kerinduan dan mengidam untuk menjamah ayam madu Borneo mendorong Rohadatul Atsy Abdullah, 45,...
SIKAP MESRA, RENDAH DIRI AB RAUF DISENANGI RAKYAT
KESIDANG 23 Oktober - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke Tokong Pak Tiam Keong yang berusia...
