
PAU 2021: Perwakilan Sabah mahu isu infrastruktur ditangani
KUALA LUMPUR, 19 Mac – Ketika negeri-negeri lain rancak bercakap mengenai kesalinghubungan, Sabah masih berdepan dengan isu infrastruktur termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih.
Masalah itu dibangkitkan Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohammad semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di sini hari ini.
Perwakilan dari Negeri di Bawah Bayu itu berkata walaupun Sabah kaya dengan mineral seperti tembaga dan emas, namun masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain malah antara yang termiskin di Malaysia.
“Saya ke Pilihan Raya Negeri di Johor dan Melaka, tidak lagi timbul isu jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik tapi mereka bercakap soal kesalinghubungan.
“Tetapi kami di Sabah masih lagi bercerita soal jalan berlubang, bekalan air bersih dan elektrik yang dicatu,” katanya.
Sehubungan itu, Jeffrey berharap kerajaan dapat memberi perhatian terhadap isu itu dan menanganinya kerana ia penting untuk memastikan Sabah dapat mengecap kejayaan seperti negeri-negeri lain.
“Kami mohon kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), Kementerian Pembangunan Luar Bandar supaya tengok isu ini,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI RAYA TAMAN SRI HILIR KEMBALI ‘BERNYAWA’
ASAHAN 6 Mei - Balai Raya Taman Sri Hilir kembali 'bernyawa' selepas melalui proses baik pulih dan kembali berfungsi sebagai...
SKRIN LED KAMPUNG KEMUNING ‘LAKU KERAS’
MACHAP JAYA 7 Mei - Kemahuan untuk tampil dengan idea yang berbeza daripada orang lain atau memecah tradisi menjadi kebiasaan...
‘MACHAP HILL’ BUKAN BUKIT BIASA
MACHAP JAYA 7 Mei - Panorama memukau dari puncak 'Machap Hill' yang terletak di Menggong, menjadikan kawasan ini sebagai sebuah...
MAIM JADI ‘JAMBATAN’ RAPATKAN JURANG KOMUNITI DAN ASNAF
AYER MOLEK 7 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan antara asnaf dan mualaf...
TURUN PADANG CARA DUN AYER MOLEK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT – RAHMAD
AYER MOLEK 7 Mei - Pendekatan masuk kampung atau turun padang menjadi amalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...
WRUR AYER MOLEK: ZIARAH KASIH SENTUH HATI PESARA GURU JAIM, MANTAN PEGAWAI SYARAK
AYER MOLEK 7 Mei – Program Peduli Ummah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek menterjemahkan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap mantan...
