
10 juta orang terpaksa berpindah akibat konflik di Ukraine – PBB
ANKARA, 21 Mac – Konflik Rusia-Ukraine memaksa 10 juta penduduk meninggalkan kediaman mereka, lapor Agensi Anadolu memetik ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Perang di Ukraine sangat dahsyat sehingga 10 juta orang melarikan diri – sama ada berpindah di dalam negara, atau menjadi pelarian di luar negara,” ciap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian Filippo Grandi di Twitter pada Ahad.
“Antara tanggungjawab pihak yang melancarkan perang, di mana sahaja di dunia, adalah penderitaan yang ditanggung orang awam kerana terpaksa meninggalkan rumah mereka.”
Menurut data PBB, hampir 3.4 juta pelarian meninggalkan Ukraine sejak perang tercetus pada 24 Feb lepas dengan lebih 2 juta diterima oleh negara jiran Poland, hampir 530,000 oleh Romania dan lebih 362,000 oleh Moldova.
Kira-kira 6.5 juta dianggarkan menjadi pelarian domestik di negara itu.
Perang itu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 847 orang awam dan menyebabkan kira-kira 1,400 cedera di Ukraine, kata PBB, sambil menegaskan bahawa angka sebenar mungkin lebih tinggi kerana keadaan di lapangan menyukarkan pengesahan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAPA TERHARU LIHAT ANAK ‘ISTIMEWA’ TERUJA NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 24 Disember - Melihat anak istimewanya tersenyum dan girang ketika diberi peluang menaiki Menara Taming Sari menjadi detik...
KOMITMEN MPJ PACU JASIN LEBIH BERDAYA SAING
JASIN 24 Disember - Pendekatan santai melalui konsep 'Sembang Teh Tarik' dilihat sebagai medium berkesan bagi merapatkan jurang komunikasi antara...
1.3 JUTA KENDERAAN DIJANGKA MASUK MELAKA SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN KRISMAS
AYER KEROH 24 Disember - Sebanyak 1.3 juta kenderaan dijangka memasuki negeri ini sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas,...
ASNAF MAIM DIINGAT KEMAS KINI PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
AYER KEROH 24 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengingatkan golongan asnaf di negeri ini supaya mengemaskini pembaharuan pendaftaran...
PPSPM HAMPIRI SASARAN SATU JUTA PENGUNJUNG
DUYONG 24 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merekodkan jumlah pengunjung amat memberangsangkan bagi semua produk ditawarkan...
GENG LOGAN AKTIF PECAH RUMAH TUMPAS
KOTA LAKSAMANA 24 Disember – Polis menahan tiga ahli kumpulan Geng Logan yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah hasil...
