
Hantar komunikasi lucah: Pekerja kontrak dipenjara tiga tahun
SEPANG, 30 Mac – Padah menghantar komunikasi lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook, seorang pekerja kontrak pembinaan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hakim Habibullah, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah atas 12 pertuduhan dihadapinya mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Noorhisham menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan dihadapi Muhammad Hakim dan ia dijalankan secara berasingan. Tempoh hukuman itu bermula dari tarikh dia ditahan pada 23 Feb lepas.
Muhammad Hakim mengaku secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat lucah melalui aplikasi WhatsApp dan memuat naik kandungan sama di laman Facebook miliknya antara 21 Sept 2018 dan 23 Jun 2019.
Terdahulu, Muhammad Hakim yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan diberikan kepadanya kerana dia mempunyai tanggungan iaitu ibunya.
Timbalan Pendakwa Raya Fazril Sani Mohamed Fadzil yang mewakili Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat umum.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
