
Penulis lirik lagu ‘Lelaki Teragung’ meninggal dunia
KUALA LUMPUR 31 Mac – Penulis lirik lagu dan bekas wartawan hiburan Harian Metro Rudy Imran Shamsudin, meninggal dunia akibat kanser usus hari ini.
Allahyarham berusia 47 tahun meninggal dunia jam 11.30 pagi di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor.
Difahamkan sebelum ini Rudy dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dibenarkan pulang ke rumah dua hari lalu.
Lirik lagu Lelaki Teragung tulisan Rudy, nyanyian Dayang Nurfaizah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31.
Selain itu, Rudy juga pernah menghasilkan novel yang diinspirasikan daripada kisah-kisah cinta artis tanah air berjudul Menangkah Cinta?
Salam takziah dari kami di Melaka Hari Ini, semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman, Amin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN UMUM MANIFESTO SEMINGGU SELEPAS PENAMAAN CALON
AYER KEROH 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka akan mengumumkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seminggu selepas hari...
PRN MELAKA: 13 PENYANDANG KEKAL, BN YAKIN KHIDMAT MEREKA TERUS DITERIMA RAKYAT
AYER KEROH 24 Oktober - Keyakinan terhadap khidmat yang diberikan kepada rakyat menjadi antara asas Barisan Nasional (BN) Melaka mengekalkan...
PRN MELAKA: 8 MUKA BAHARU BN DIGESA KERJA LEBIH KUAT DAN MANTAP
AYER KEROH 24 Oktober - Muka baharu yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) digesa bekerja lebih kuat dan mantap bagi memastikan...
13 PENYANDANG BN DIBERI KEPERCAYAAN PERTAHAN KERUSI
AYER KEROH 24 Oktober – Seramai 13 penyandang Barisan Nasional (BN) dikekalkan sebagai calon bagi mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan...
PRN MELAKA: BN HANTAR 3 CALON WANITA
AYER KEROH 24 Oktober – Faktor usia tidak menghalang Datuk Tuminah Kadi DUN Pantai Kundor, Datuk Khaidhirah Abu Zahar DUN...
PRN MELAKA: BN PERUNTUK 7 KERUSI DUN BUAT RAKAN STRATEGIK
AYER KEROH 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) memperuntukkan sebanyak tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada calon daripada parti...
