
Penulis lirik lagu ‘Lelaki Teragung’ meninggal dunia
KUALA LUMPUR 31 Mac – Penulis lirik lagu dan bekas wartawan hiburan Harian Metro Rudy Imran Shamsudin, meninggal dunia akibat kanser usus hari ini.
Allahyarham berusia 47 tahun meninggal dunia jam 11.30 pagi di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor.
Difahamkan sebelum ini Rudy dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dibenarkan pulang ke rumah dua hari lalu.
Lirik lagu Lelaki Teragung tulisan Rudy, nyanyian Dayang Nurfaizah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31.
Selain itu, Rudy juga pernah menghasilkan novel yang diinspirasikan daripada kisah-kisah cinta artis tanah air berjudul Menangkah Cinta?
Salam takziah dari kami di Melaka Hari Ini, semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman, Amin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN KOTA LAKSAMANA BAKAL DIANGKAT SEBAGAI IBU NEGERI MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 November - Cadangan menaik taraf koridor pembangunan Kota Laksamana bagi menjadikannya sebagai ibu negeri Melaka baharu antara...
JASA ZAHARI DIKENANG, KHIDMAT MUSTAFA DINANTI
DURIAN TUNGGAL 8 November – Pada usia 74 tahun, Samsudin Mahmod setiap hari melihat rumah baharunya dibina di depan mata,...
PRN MELAKA: PENERIMAAN RAKYAT TERHADAP MUAFAKAT MELAKA POSITIF
BANDA HILIR 8 November - Penerimaan positif masyarakat terhadap kerjasama politik menerusi kerangka Muafakat Melaka semakin ketara berdasarkan maklum balas...
PRN MELAKA: MUAFAKAT MELAKA SASAR PERUBAHAN LUAR JANGKA DI KESIDANG
KESIDANG 8 November - Muafakat Melaka di bawah gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus...
PRN MELAKA: AB RAUF HARAP ‘PERKAHWINAN’ BN-PN KEKAL HINGGA ANAK CUCU
KESIDANG 8 November - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menerusi Muafakat Melaka diharap berkekalan hingga ke anak...
PRN MELAKA: BANJIR BELUM BERAKHIR, IKHTIAR HELMY TIDAK TERHENTI
DUYONG 8 November - Usaha mengurangkan risiko banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong memerlukan penambahbaikan infrastruktur dan penyelenggaraan berterusan...
