
418 amaran bertulis dikeluarkan kepada peniaga bazar Ramadan
AYER KEROH 14 April – Sebanyak 418 amaran bertulis dikeluarkan kepada peniaga bazar Ramadan, hasil operasi dan pemeriksaan membabitkan peraturan pengendalian makanan dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).
Pengarahnya Dr Rusdi Abd Rahman berkata, tindakan itu adalah sebagai teguran agar peniaga berkenaan mematuhi dan memperbaiki kesalahan yang dikesan.
“Meskipun ada kesalahan dikesan namun kami hanya beri amaran bertulis sebelum tindakan kompaun dikenakan.
“Selain itu sebanyak tiga kompaun berjumlah RM450 dikeluarkan membabitkan kesalahan pakaian pengendali tidak lengkap dan juga cara penyimpanan ais yang tidak bersih serta selamat,” katanya.
Menurutnya, JKN Melaka memberi peluang kepada peniaga agar mematuhi peraturan namun sekiranya kesalahan sama masih dikesan tindakan kompaun akan dikenakan.
“Pada operasi kali kedua nanti sekiranya mereka ini dikesan membuat kesalahan sama kompaun akan dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
“Alhamdulillah, buat masa ini kita belum menerima aduan atau kes berkaitan keracunan makanan yang dibeli bazar Ramadan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI KONGSI KASIH, SENTUH HATI PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN
PAYA RUMPUT 22 Julai – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheng apabila menerima kunjungan kakitangan...
MPHTJ PELAJARI BAHASA ISYARAT DEKATI KOMUNITI OKU
AYER KEROH 22 Julai - Komunikasi yang mudah difahami menjadi kunci kepada perkhidmatan lebih inklusif terutama dalam memastikan komuniti Orang...
PENJUAL KEROPOK DIDAKWA CEROBOH, SELUDUP TEMBAKAU KE DALAM PENJARA GUNA DRON
MELAKA 22 Julai - Seorang penjual keropok mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas...
MPAG UBAH WAJAH TANDAS AWAM BERTARAF ‘BMW’
REMBIA 22 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkukuh budaya kebersihan awam menerusi penganjuran Kempen Tandas Bersih MPAG...
POKOK TUMBANG HEMPAP RUMAH, ‘KAK SOM’ DAN KELUARGA SELAMAT
PENGKALAN BATU 22 Julai – Kediaman Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin di Pantai Peringgit di...
BELIA DIPELAWA JADI USAHAWAN TANI, JANA PENDAPATAN LUMAYAN DI KAMPUNG SENDIRI
MERLIMAU 22 Julai - Pertanian bukan lagi kerjaya kelas kedua, sebaliknya kini berubah menjadi teras utama keterjaminan makanan dan pemangkin...
