
TYT hadir ke Rumah Terbuka Dr Azizan Osman
TENGKERA 5 Mei – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Keluarga Pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop.
Majlis tersebut diadakan di kediaman ibu pakar motivasi itu di Villa Mak Ayah di Taman Kenanga, Tengkera di sini bermula jam 9.30 pagi hingga jam 3 petang.
Azizan bersama isteri Datin Wira Hasdiana Ahmad turut menjemput rakan-rakan pengasas produk dan turut kelihatan beberapa usahawan terkemuka negara.
Terdahulu, Tun Mohd Ali bersama isteri dan dua anak, Datuk Mohd Ridhwan serta Muhammad Hamka tiba di majlis tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
