
Feri pertama dari Dumai tiba di Melaka selepas dua tahun
BANDARAYA MELAKA 5 Mei – Seramai 175 penumpang feri dari Dumai, Indonesia selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Laksamana kira-kira jam 12.20 tengah hari, di sini hari ini.
Penumpang yang menaiki feri Indomal Kingdom selamat tiba kira-kira sejam selepas berlepas dari pelabuhan Dumai di republik itu.

Ketibaan feri pertama selepas hampir dua tahun tidak berlabuh di negeri ini disambut EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis serta kakitangan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka.
Feri Indomal Kingdom yang dikendalikan sembilan krew dijadualkan memulakan perjalanan membawa kira-kira 200 penumpang dari Melaka ke Dumai kira-kira jam 11.30 pagi esok.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
