
Polis kesan dua beradik disyaki hilang
SEREMBAN, 10 Mei – Polis sedang mengesan dua beradik yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari asrama secara sembunyi di sebuah sekolah di Senawang di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kehilangan pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun itu dilaporkan gurunya setelah menyedari mereka tidak hadir semasa solat subuh kira-kira pukul 6 pagi.
“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mereka telah memanjat keluar pagar hadapan sekolah terbabit pada pukul 3.32 pagi.
“Bimbang mengenai keselamatan dua beradik tersebut, guru berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mereka dan berusaha mencari di merata tempat termasuk di kawasan sekolah, Senawang dan perhentian bas Terminal One, namun tidak menemukan kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nanda berkata kes masih dalam siasatan dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai pelajar berkenaan boleh menghubungi Sarjan Norseli di talian 0193020511.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
PRN MELAKA: NORAZRIL PERHEBAT KEMPEN FIZIKAL, DIGITAL MINGGU TERAKHIR
REMBIA 9 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Ahmad Norazril Abd Aziz...
‘TOK RAUF MEMANG BUAT KERJA, GEN Z RASAI PERUBAHAN KETARA DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November - Kreativiti dan pendekatan pembangunan yang dibawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf...
PRN MELAKA: ‘TOK MAN’ MESRA, SERING DEKATI RAKYAT SERKAM
SERKAM 9 November – Keperibadian calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Azman Abdullah yang disifatkan...

