
Polis kesan dua beradik disyaki hilang
SEREMBAN, 10 Mei – Polis sedang mengesan dua beradik yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari asrama secara sembunyi di sebuah sekolah di Senawang di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kehilangan pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun itu dilaporkan gurunya setelah menyedari mereka tidak hadir semasa solat subuh kira-kira pukul 6 pagi.
“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mereka telah memanjat keluar pagar hadapan sekolah terbabit pada pukul 3.32 pagi.
“Bimbang mengenai keselamatan dua beradik tersebut, guru berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa mereka dan berusaha mencari di merata tempat termasuk di kawasan sekolah, Senawang dan perhentian bas Terminal One, namun tidak menemukan kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nanda berkata kes masih dalam siasatan dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai pelajar berkenaan boleh menghubungi Sarjan Norseli di talian 0193020511.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
NENEK BERTONGKAT, ATUK BERKERUSI RODA GAGAH RAI MERDEKA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah mungkin perlahan, namun semangat merdeka pasangan warga emas dari Bukit Katil ini tetap membara apabila...
SEMBILAN BAYI MERDEKA LAHIR DI HOSPITAL MELAKA
BANDARAYA MELAKA 31 Ogos - Tangisan bayi Merdeka memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 apabila sembilan bayi dilahirkan di Hospital Melaka...
PENGUNJUNG REBUT PELUANG NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA SEMPENA 31 OGOS
BANDA HILIR 31 Ogos - Seawal jam 8.30 perkarangan Menara Taming Sari dibanjiri orang yang ramai tidak melepaskan peluang merebut...

