
Terima kasih jururawat, anda wira dan wirawati kami – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan jasa dan pengorbanan jururawat kepada Keluarga Malaysia amat besar terutamanya ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.
Sambil mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia, Perdana Menteri berkata jururawat menjadikan segalanya sebagai taruhan bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jururawat di negara ini. Jururawat juga adalah barisan hadapan yang amat saya sanjungi,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.
Catatan itu turut disertakan dengan poster Selamat Hari Jururawat Sedunia yang memuatkan ucapan syabas dan terima kasih Perdana Menteri kepada jururawat atas perkhidmatan kesihatan dan jasa kepada masyarakat.
”Anda semua wira dan wirawati kami,” kata Ismail Sabri.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...

