
Polis tahan remaja lari dari pemeriksaan jalan raya, langgar anggota
SEREMBAN, 13 Mei – Seorang remaja ditahan selepas melanggar seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri dari pemeriksaan jalan raya di Jalan Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, remaja berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu ditahan bagi tujuan pemeriksaan sebelum dia bertindak melarikan diri dan melanggar seorang anggota menyebabkan dia turut terjatuh mengenai penghadang jalan.
“Anggota polis yang dilanggar mengalami kecederaan di kepala manakala remaja terbabit cedera di bahu dan kaki akibat terjatuh dari motosikalnya. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan.
“Siasatan mendapati suspek melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen memandu. Semakan terhadapnya mendapati tiada rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing adalah negatif dan direman tiga hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Aidi Sham berkata kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam selain menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang tindakan yang mendatangkan bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
