
Melaka tangga keenam catat peningkatan kes kemalangan sepanjang Aidilfitri seluruh negara
AYER KEROH 17 Mei – Melaka menjadi negeri keenam paling tinggi mencatatkan kes kemalangan sepanjang Op Selamat 18 sempena perayaan Aidilfitri yang lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, secara keseluruhan Melaka mencatatkan 683 kes berbanding 676 pada Op Selamat 15.
“Berlaku peningkatan sebanyak tujuh kes. Namun kes kemalangan maut turun apabila hanya empat direkodkan berbanding lima pada Op Selamat 15,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Keselamatan dan Kesihatan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dataran Majis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, hari ini.
Hadir sama, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Kalsom Nordin.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kes jenayah terhadap wanita di Melaka bermula Januari hingga April tahun ini mencatatkan penurunan.
“Kes direkodkan tahun ini cuma 23 berbanding 32 sebelumnya atau berlaku penurunan sebanyak sembilan kes,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA CADANG BUKA LALUAN PENERBANGAN KE BATAM, PULAU PINANG DAN KOTA BHARU
KESIDANG 19 Jun - Kerajaan Negeri bercadang untuk membuka laluan ke tiga lokasi membabitkan Batam, Indonesia; Kota Bharu, Kelantan dan...
DI USIA 89 TAHUN, KHALIL TERIMA KUNJUNGAN ISTIMEWA KETUA MENTERI
TELOK MAS 19 Jun – Seorang warga emas dari Kampung Pengkalan Jajar sama sekali tidak menyangka Program Wakil Rakyat Untuk...
PENANTIAN 2 DEKAD BERAKHIR, SURAU IMPIAN PENDUDUK TAMAN SERI TELOK MAS FASA 5 DIBINA
TELOK MAS 19 Jun – Penantian lebih dua dekad penduduk Taman Seri Telok Mas Fasa 5 untuk memiliki surau sendiri...
RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH SEBULAN
TANJUNG BIDARA 19 Jun - Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri bekerjasama bagi membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, dan isteri Samsiah...
KETUA MENTERI UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SMK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bakal menerima dua unit televisyen pintar (Smart TV) dan...
WRUR TELOK MAS REALISASI HASRAT RAKYAT
TELOK MAS 19 Jun - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memberikan impak...
