
Kontraktor mengaku tidak bersalah cederakan isteri dengan pisau
JOHOR BAHRU, 17 Mei – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Jumaat lepas.
Mohd Ghazali Nor Hisham, 33, didakwa mencederakan Aliza Hasan, 32, menggunakan pisau di Taman Desa Rakyat, Pasir Gudang, pada 10.30 pagi, 13 Mei 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau didenda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairi Mohamed Said tidak menawarkan jaminan, namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau mencadangkan wang jaminan RM20,000. Mohd Ghazali yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan jaminan.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa atau saksi kes itu serta melapor diri sekali dalam setiap bulan di balai polis berdekatan.
Kes disebut semula pada 19 Jun untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
