
Kontraktor mengaku tidak bersalah cederakan isteri dengan pisau
JOHOR BAHRU, 17 Mei – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Jumaat lepas.
Mohd Ghazali Nor Hisham, 33, didakwa mencederakan Aliza Hasan, 32, menggunakan pisau di Taman Desa Rakyat, Pasir Gudang, pada 10.30 pagi, 13 Mei 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau didenda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairi Mohamed Said tidak menawarkan jaminan, namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau mencadangkan wang jaminan RM20,000. Mohd Ghazali yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan jaminan.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa atau saksi kes itu serta melapor diri sekali dalam setiap bulan di balai polis berdekatan.
Kes disebut semula pada 19 Jun untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TERJEMAH PERANAN AB RAUF SEBAGAI ‘ADIWIRA’ RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Edisi sulung program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai...
‘BUKAN RAKYAT CARI KETUA MENTERI, TAPI KETUA MENTERI TURUN JUMPA RAKYAT’
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat menjadi satu lagi manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyantuni...
MELAKA MILIKI STESEN PENYELIDIKAN SAWIT PERTAMA DI SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 5 Julai - Kampung Seri Mendapat, Sungai Rambai bakal menjadi kawasan pertama di negeri ini dibangunkan Stesen Penyelidikan...
BATIK MELAKA-BELANDA DILANCARKAN, KETENGAH MOTIF BUNGA KESIDANG DAN TULIP
BANDA HILIR 5 Julai - Malakka Dutch Batik atau Batik Melaka-Belanda yang menggabungkan motif bunga tulip dan bunga kesidang dilancarkan...
PEMASANGAN KERANGKA BESI BAHARU SUNGAI MALIM SELESAI
KESIDANG 5 Julai - Kerja-kerja pemasangan kerangka besi baharu di Sungai Malim yang runtuh pada Disember tahun lalu siap dilaksanakan...
KERAJAAN NEGERI AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP PREMIS PENYEBAB GANGGUAN LALAT
MACHAP JAYA 5 Julai - Sebanyak 12 aduan melibatkan bau dan infestasi lalat yang dikaitkan dengan operasi ladang ternakan ayam...
