
Lebih 1,000 tetamu hadir Majlis Aidilfitri UMNO Terengganu bersama PM
KUALA TERENGGANU, 20 Mei – Lebih 1,000 tetamu hadir meraikan Majlis Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Terengganu Equestrian Resort di sini hari ini.
Perdana Menteri yang tiba pada 3.45 petang, meluangkan masa hampir dua jam pada majlis itu dan menikmati pelbagai juadah hari raya antaranya ketupat, rendang, nasi minyak serta kuih muih.
Ketika ditemui pemberita sebelum meninggalkan majlis, beliau berkata suasana hari ini dilihat meriah serta mesra dan menggambarkan perpaduan yang kukuh dalam UMNO Terengganu.
“Saya menghadiri jamuan hari raya ini atas jemputan UMNO Terengganu… hari ini cuma beramah mesra dengan kepimpinan UMNO negeri. Saya ucapkan terima kasih kepada badan perhubungan UMNO negeri kerana menjemput saya,” katanya.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said serta barisan kepimpinan UMNO negeri empat peringkat termasuk bahagian-bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
Para tetamu dan jemputan turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya dan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra serta bergambar dengan pemimpin negara itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA RUMAHKU: 202 KEDIAMAN DIBAIK PULIH, DIBINA BAHARU
ASAHAN 26 Ogos - Sebanyak 101 rumah baharu dibina manakala 101 lagi kediaman dibaik pulih di seluruh Melaka menerusi inisiatif...
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
