Agihan kek meriahkan sambutan hari guru

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

RIM 20 Mei – Bagi memeriahkan lagi hari istimewa tanggal 16 Mei, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim menyampaikan sumbangan kek kepada 30 pusat pendidikan sekitar DUN itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, Program bersempena sambutan hari guru itu bertujuan untuk mengharga dan membalas jasa warga pendidik yang memainkan peranan besar dalam pembangunan negara.

“Pastinya banyak keperitan, beban dan cabaran yang terpaksa dilalui guru dalam usaha mereka mendidik anak bangsa hingga berjaya.

“Jika di pedalaman, mereka meredah hutan dan sungai berhari-hari sebelum sampai ke sekolah. Manakala di bandar pula, guru terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada anak murid yang terdedah kepada pengaruh kepesatan pembangunan dan kemodenan.

“Begitulah hebatnya rintangan yang terpaksa dihadapi seorang guru, tidak kira di mana mereka berkhidmat,” katanya dalam satu hantaran di facebook rasminya 16 Mei lalu.

Khaidhirah mengucapkan terima kasih kepada para guru yang banyak berjasa demi kejayaan murid selain melihat anak bangsa menjadi insan berguna.

“Sempena tarikh keramat 16 Mei ini, ayuh raikan sambutan Hari Guru sebagai tanda peringatan dan pengiktirafan kita terhadap ketabahan serta perjuangan murni guru-guru di Malaysia.

“Terima kasih cikgu! semoga segala jasa, usaha dan keringat para guru mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Selamat menyambut hari guru ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’,” katanya.

Agihan kek membabitkan sekolah menengah, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama dan tadika perpaduan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1343
Kongsi :
Previous post Keputusan kes saman RM100 juta keluarga Altantuya pada 30 Ogos
Next post Lebih 1,000 tetamu hadir Majlis Aidilfitri UMNO Terengganu bersama PM
Ubah saiz-+=