
Anjing gigit tangan bayi tiada lesen
AYER KEROH 12 Sept. – Pemilik anjing yang mengigit tangan kanan bayi perempuan berusia tujuh hari sehingga putus dalam kejadian di Bachang, pada Selasa, disahkan tidak mempunyai lesen peliharaan haiwan tersebut.
Perkara itu disahkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu yang turut memaklumkan anjing jenis ‘Plott Hound’ itu sudah ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk dikuarantinkan selama dua minggu.
Beliau berkata, tindakan mengkuarantinkan anjing terbabit bagi memastikan tiada gejala penyakit anjing gila (Rabies).
“Bertindak atas laporan diterima membabitkan kejadian, sepasukan anggota MBMB bersama polis dan Veterinar ke lokasi kejadian di Bachang.
“Berdasarkan rekod pemilik anjing itu tidak mempunyai lesen selain anjing baka Jerman jarang dipelihara di Malaysia serta tidak boleh dilesenkan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pemilik anjing itu akan dikenakan tindakan tegas dibawah Undang- Undang Kecil (UUK) Perlesenan Anjing.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Dr. Aidi Mohamad berkata, tangkapan anjing jantan itu dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Binatang 1953 untuk pemerhatian anjing gila.
“Anjing itu akan diserahkan semula kepada MBMB untuk tindakan lanjut sekiranya tiada tanda penyakit,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
BAN 0.6 KILOMETER KURANGKAN RISIKO BANJIR KAMPUNG GADEK, LEGAKAN 7,000 PENDUDUK
GADEK 14 Ogos – Pembinaan ban sepanjang 0.6 kilometer (km) membantu mengurangkan risiko kejadian banjir yang menghantui penduduk Kampung Gadek...
MELAKA HIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL DENGAN SENTUHAN MODEN
TELOK MAS 14 Ogos - Usaha menghidupkan semula permainan tradisional menerusi pendekatan lebih kreatif dan moden menjadi antara inisiatif unik...
ANAK SELANDAR CIPTA NAMA DALAM SUKAN PARA
DUYONG 14 Ogos - Kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat T. Yuvarajah untuk terus...
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...

