
Melaka raih RM82,964.70 nilai jualan di Matta Fair Perak – EXCO
AYER KEROH 23 Mei- Jualan tujuh agensi pelancongan utama Melaka mengambil bahagian pada Matta Fair Perak berlangsung 21 dan22 Mei lalu amat memberangsangkan dengan nilai jualan dikutip berjumlah RM 82,964.70.
Matta Fair berlangsung dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (ICC) itu menerima kunjungan lebih 15,000 pelawat.
EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, nilai itu membabitkan tempahan 286 bilik hotel dan 627 tiket pelbagai pakej pelancongan.
“Tujuh agensi terbabit melibatkan A’Famosa Resort Melaka, Hotel Grand Flora, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Bayou Lagoon Park Resort, Melaka River Cruise dan Matta Melaka Chapter.
“Melaka menawarkan kepelbagaian promosi dan tawaran menarik untuk membawa pelancong domestik ke negeri ini,” katanya hari ini.
Lebih 70 pempamer melibatkan 30 agensi dan pemain industri pelancongan seluruh negara mengambil bahagian pada penganjuran pameran itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
