
Melaka raih RM82,964.70 nilai jualan di Matta Fair Perak – EXCO
AYER KEROH 23 Mei- Jualan tujuh agensi pelancongan utama Melaka mengambil bahagian pada Matta Fair Perak berlangsung 21 dan22 Mei lalu amat memberangsangkan dengan nilai jualan dikutip berjumlah RM 82,964.70.
Matta Fair berlangsung dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (ICC) itu menerima kunjungan lebih 15,000 pelawat.
EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, nilai itu membabitkan tempahan 286 bilik hotel dan 627 tiket pelbagai pakej pelancongan.
“Tujuh agensi terbabit melibatkan A’Famosa Resort Melaka, Hotel Grand Flora, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Bayou Lagoon Park Resort, Melaka River Cruise dan Matta Melaka Chapter.
“Melaka menawarkan kepelbagaian promosi dan tawaran menarik untuk membawa pelancong domestik ke negeri ini,” katanya hari ini.
Lebih 70 pempamer melibatkan 30 agensi dan pemain industri pelancongan seluruh negara mengambil bahagian pada penganjuran pameran itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF TERBUKA KERJASAMA POLITIK BAWA MANFAAT, BUKAN MUDARAT
SERI NEGERI 15 November - Kerajaan Negeri Melaka terbuka mempertimbangkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk di luar gabungan Barisan Nasional...
PRN MELAKA: KEMENANGAN BN BUKTI RAKYAT NILAI PRESTASI, BUKAN PROPAGANDA – AB RAUF
SERI NEGERI 15 November - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya...
LANTIKAN EXCO BAHARU: ‘DEKATNYA TIDAK SEJENGKAL, JAUHNYA TIDAK SEDEPA’ – AB RAUF
SERI NEGERI 15 November - Pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka dijangka diumumkan dalam masa terdekat, dengan...
AB RAUF INGATKAN WAKIL RAKYAT, JAWATAN BUKAN KEISTIMEWAAN
SERI NEGERI 15 November - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh memberi jaminan Kerajaan Negeri tidak akan...
KETUA MENTERI MAHU KERAJAAN BAHARU SEGERA BEKERJA, BUKTIKAN JANJI
SERI NEGERI 15 November - Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan baharu tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk menterjemahkan...
TOK LI MAHU BALAS KEPERCAYAAN PENGUNDI, PEMBANGUNAN KUALA LINGGI JADI KEUTAMAAN
SERI NEGERI 16 November - Kepercayaan sekali lagi diberikan pengundi menjadi amanah besar buat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala...
