
Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
SEREMBAN, 25 Mei – Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 72 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada LHDN dan kemudian disambungkan kepada seorang individu kononnya pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan yang memberitahu lelaki itu terlibat dengan kes pengedaran dadah.
“Percaya dengan perkara itu, mangsa kemudian membuat pemindahan wang melalui mesin deposit tunai ke dua akaun berbeza beberapa kali sejak hari sama hingga 10 Mei lepas kononnya untuk siasatan bagi menyelesaikan kes itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM39,000.
“Kesemua resit pemindahan wang mangsa telah diarahkan supaya dibuang oleh lelaki itu bagi mengelak dirinya dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata mangsa yang menyedari diperdaya membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH MAMPU MILIK RM250,000 KE BAWAH LARIS DI MAPEX MELAKA 2026
AYER KEROH 1 Mei – Rumah mampu milik bernilai bawah RM250,000 yang ditawarkan di Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Melaka 2026...
ANAK FELDA BUKIT SENGGEH BINA EMPAYAR BAS PELANCONG
ASAHAN 1 Mei – Minat berniaga sejak usia remaja menjadi titik tolak kejayaan seorang anak Felda membina empayar pengangkutan dan...
SURI RUMAH UBAH DAUN GETAH JADI HADIAH
ASAHAN 1 Mei – Seorang suri rumah di Kampung Jus berjaya mengubah daun getah menjadi pelbagai produk kraf bunga yang...
KUIH BAKAR JULANG NAMA ‘KAMPUNG KOBOI’
ASAHAN 1 Mei – Bermula daripada kegagalan dalam beberapa bidang perniagaan, anak jati Kampung Selandar kini berjaya mengangkat kuih bakar...
WRUR AYER KEROH: ‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN SETIAP KALI HUJAN’
AYER KEROH 1 Mei - Bantuan baik pulih kediaman daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) memberi makna besar buat...
BERKAIN PELIKAT ‘GELECEK’ BOLA DI PANTAI KLEBANG
KLEBANG 1 Mei - Mengenakan kain pelikat dan bertanjak sambil menggelecek bola mencuri tumpuan pada hari pertama Festival Muzik Air...
