
‘Gemukkan’ badan demi Program Merlimau Berpeluh – Dr Akmal
MERLIMAU 28 Mei – Sengaja menaikkan berat badan semata-mata mahu menjayakan dan memberikan impak Program Merlimau Berpeluh anjurannya bakal berlangsung di Dataran Orang Kampung, bermula jam 7 pagi, 5 Jun ini.
Itulah kesungguhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu orang ramai mengambil bahagian dalam program dianjurkan sekali gus mewujudkan masyarakat sihat.
“Saya sengaja gemukkan badan saya untuk memberikan motivasi kepada semua, kita mampu jadi sihat dan kurus bersama-sama dengan melakukan senaman serta pemakanan yang betul.
“Jika Dr Akmal yang gemuk ini boleh, apa alasan anda, kita jumpa minggu depan ya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya 25 Mei yang lalu.
Beliau mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyertai aktiviti ‘fun run’ mengelilingi sekitar kampung untuk mengeluarkan peluh.
Katanya, mengikut perancangan program itu akan dianjurkan setiap bulan bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.
“Setakat 25 Mei lalu kami sudah terima hampir 200 penyertaan. Jangan lupa sama-sama datang, pastikan kita mesti berpeluh supaya kesihatan kita semua sentiasa terjaga,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
