
MARDI bangunkan ladang bawang merah di Bachok
SERDANG, 3 Jun – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan membangunkan ladang bawang merah di Bachok, Kelantan menggunakan varieti dihasilkan institusi itu, yang berkemampuan menghasilkan sembilan tan metrik bagi tiga musim penanaman dalam tempoh setahun.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata MARDI telah menghasilkan lima varieti bawang merah iaituΒ iaitu SA01, SA02, SA03, SA05Β dan SA08, danΒ perusahaan di Bachok itu yang akan bermula Julai iniΒ menggunakan varieti SA02.
Katanya ladang bawang merah seluasΒ sehektarΒ di MARDI Bachok itu, akan menempatkanΒ 220,000Β pokok bawangΒ dengan menggunakan teknik tanaman bebawang danΒ tuaian pertamaΒ dijangka pada September ini.
“Varieti bawang merah ini sesuaiΒ dengan cuacaΒ negara ini, selain boleh dapat hasil yang tinggi dengan gabungan pendekatan agronomi dan fisiologi,”Β katanya dalam sidang media mengenai projek penanaman bawang di ibu pejabat MARDI diΒ sini, hari ini.
MenurutnyaΒ penanaman menggunakan bebawangΒ mengambil masa 75 hari untuk mencapai tempoh matang, manakala penggunaan biji benihΒ mengambil masa lebih tiga bulan atau 105 hariΒ selain memerlukan cuaca panas terutama pada waktu penuaian.
Mohamad Zabawi berkataΒ penanaman bawang merah menerusi penyelidikan MARDI itu,Β dijangka membolehkan negara menghasilkan bawang merah tempatan sendiri menjelang 2023Β sekali gusΒ mengurangkan import komoditi itu sehingga 40 peratus.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan IndustriΒ Makanan (MAFI)Β Datuk Haslina Abdul Hamid berkata pasaran bawang terutamanya di India kini mengalami krisis pengeluaran, menyebabkan eksport dari negara itu menurun 30 peratus dan mendorong kenaikan harga bawang di pasaran tempatan.
Beliau yang turut hadir pada sidang media itu, berkata penanaman bawang merahΒ yang kini hampir menjadi kenyataan, merupakan antara inisiatif kementerian dalam menangani isu sekuriti makanan dalam negara.
MenurutnyaΒ pembangunan teknologi pengeluaran bawang merah oleh MARDI itu, turut merangkumi peningkatan produktiviti, kajian berterusan bagi pengadaptasian varieti bawang tahan cuaca panas,Β pengurangan masalah perosak,Β kerosakan lepas tuai danΒ pengukuhan pemasaran.
Haslina berkata jaringan kerjasama dengan beberapa syarikat sertaΒ agensi dari dalam dan luar negara antaranya World Vegetable CenterΒ di TaiwanΒ dan Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian IndonesiaΒ turut membantu meningkatkan keyakinan dalam menjayakan kajian penanaman bawang tersebut.
Malaysia mengimport sepenuhnya bawang merah dari negara luar terutamaΒ India dan China, dan pada 2021Β negara mengimport Β 484,867 tan metrik dengan nilai RM902.5 juta bagi memenuhi permintaan pengguna.
Dalam pada itu, turut dipamerkan hari ini hasil kejayaanΒ MARDI meraihΒ tujuh pingat emas, dua pingat perak sertaΒ satu anugerah khasΒ diΒ Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi AntarabangsaΒ (ITEX) 2022 baru-baru ini.
Inovasi yang merangkul pingat emas dan anugerah khasΒ ialah βteknik pembungkusan durian menggunakan filem berketumpatan rendah bagi memanjangkan jangka hayat durian segarβ oleh Nur Azlin Razali.
Turut meraih emasΒ inovasi padi wangi MRQ103 oleh Shamsul Amri Saidon dan teknologi penanaman kubis bunga di tanah rendah oleh Rahayu Anang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


