
Bawa bekas makanan sendiri jaga alam sekitar
AYER KEROH 15 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengajak orang ramai untuk membawa bekas makanan sendiri pada setiap hari sebagai langkah menjaga kelestarian alam sekitar khususnya di negeri ini.
Menerusi hantaran Facebook rasminya, MBMB menggalakkan rakyat di negeri ini untuk mengamalkan sikap itu dengan membawa bekas makanan sendiri pada setiap hari Rabu.
“Anda digalakkan untuk membawa bekas makanan anda sendiri setiap hari, tetapi diwajibkan pada hari Rabu setiap minggu.
“Plastik sekali guna mengambil masa 400 hingga 1,000 tahun untuk terurai.. dan ia mengakibatkan pertambahan sampah dan beg plastik di pusat pembuangan sampah.
“Jom amik langkah proaktif untuk atasi masalah ini dengan kurangkan penggunaan beg plastik dan bekas polisterina, jom kita bawa bekas makanan sendiri ke kantin mulai hari ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...

