
Nelayan lemas terjatuh ke laut ketika memukat ikan
GEORGE TOWN, 20 Jun – Seorang nelayan ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot ketika sedang memukat ikan di perairan Pulau Jerejak, di sini semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, pihaknya terus mengerakkan sebuah bot untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai M.Rajendran, 56.
“Sebaik tiba di lokasi pada 3.15 petang, kami menemukan mayat mangsa dalam keadaan terapung berhampiran bot yang dinaiki bersama rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya menurut rakannya, mangsa terjatuh ke dalam laut selepas kakinya terbelit di pukat ketika mereka sedang memukat ikan di perairan Pulau Jerejak.
Mayat mangsa dihantar ke Hospotal Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TYT RASMI MASJID SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini merasmikan Masjid...
ZIANA ZAIN, AMY SEARCH DAN ST12 GEGARKAN AMBANG MERDEKA 30 OGOS INI
KLEBANG 7 Ogos - Penyanyi terkenal legenda tanah air Ziana Zain dan Datuk Amy Search bakal menjadi antara tarikan utama...
SAADON, KHADIJAH MENITI USIA EMAS DI SYURGA IDAMAN
TELOK MAS 7 Ogos - Hasrat pasangan warga emas ini untuk melalui hari tua di kediaman lebih selesa dipermudahakan apabila...
INANG-INANG TIGA GENERASI TERUS MEKAR DI KAMPUNG KANDANG
AYER MOLEK 7 Ogos – Melihat ibunya semakin uzur dan tidak lagi mampu meneruskan perusahaan inang-inang yang diusahakan sejak turun-temurun,...
HLN 2026: MPHTJ OLAH SISA CANTASAN POKOK JADI HIASAN
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Daripada sisa cantasan pokok dan kayu yang ditebang, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) membuktikan...
HLN 2026: RUMAH TRADISIONAL, LANDSKAP KAMPUNG JADI KEUNIKAN PAVILION MPJ
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Suasana rumah tradisional Melaka yang sarat dengan elemen nostalgia dan kehidupan kampung diketengahkan Majlis Perbandaran...
