
Wanita warga asing curi barang kemas majikan RM15,000 ditahan polis
IPOH, 20 Jun – Polis menahan seorang wanita warga asing semalam kerana disyaki mencuri barangan kemas milik majikannya, yang dianggarkan bernilai RM15,000.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata suspek berusia 35 tahun itu, ditahan kira-kira 2 petang semalam di sebuah rumah di Pasir Puteh di sini.
Katanya penahanan itu dibuat susulan laporan polis diterima daripada seorang wanita pada 3 petang Sabtu lepas, apabila mengesyaki barang kemas miliknya dicuri oleh suspek yang datang menjalankan kerja-kerja pembersihan di rumahnya, di Taman Rapat Setia Baru di sini.
“Dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas laporan polis diterima, polis berjaya menahan suspek yang baharu sahaja bekerja di rumah mangsa sejak sebulan lalu, dengan melakukan kerja-kerja pembersihan sebanyak tiga kali seminggu.
“Polis turut merampas pelbagai barang kes disyaki milik mangsa bernilai kira-kira RM13,000 dan resit-resit pajak gadai semasa tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata suspek direman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: 8,569 KERTAS UNDI POS DIKELUARKAN
AYER KEROH 2 November - Sebanyak 8,569 kertas undi pos dikeluarkan kepada pengundi yang layak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...
PRN MELAKA: KAMPUNG SUNGAI PETAI DEKAT DI HATI AZRIL
REMBIA 2 November - Kampung Sungai Petai mempunyai tempat istimewa di hati calon nombor dua Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
PRN MELAKA: BN TIDAK JANJI BULAN BINTANG, SERAH RAKYAT NILAI REKOD CEMERLANG
TANJUNG BIDARA 2 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyerahkan kepada rakyat untuk menilai rekod perkhidmatan Kerajaan Negeri sepanjang tempoh...
PRN MELAKA: GERAK KERJA BN DI TELOK MAS SUDAH BERMULA AWAL
TELOK MAS 1 November - Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
TEKNOLOGI HIBRID BUKA DIMENSI BAHARU INDUSTRI AUTOMOTIF MELAKA
TABOH NANING 2 November - Pemasangan dua model kenderaan hibrid baharu di Pegoh menjadi satu lagi perkembangan dalam usaha memperkukuh...
PRN MELAKA: RAIS ZIARAH SENIMAN DONDANG SAYANG UZUR
SUNGAI UDANG 2 November - Pernah menghiburkan masyarakat menerusi alunan Dondang Sayang dan keistimewaan berpantun secara spontan, namun kini seorang...
