
Lelaki disyaki tikam isteri, ibu mentua direman tiga hari
KOTA BHARU, 23 Jun – Seorang pemandu lori yang cuba terjun dari sebuah bangunan di sini selepas disyaki menikam isteri dan ibu mentuanya dalam kejadian di Tumpat, Selasa lepas, direman tiga hari bagi membantu siasatan.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata perintah reman bermula hari ini hingga Sabtu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu Nuriza Mustafa.
“Reman terhadap lelaki berusia 27 tahun itu dikeluarkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhamad Zaki berkata bagi kes mendatangkan kecederaan, permohonan reman baharu akan dibuat selepas tempoh reman atas kesalahan menceroboh tamat.
Semalam polis menahan lelaki tersebut pada 10.14 pagi selepas menerima laporan berkaitan terdapat individu yang ingin terjun dari tingkat 31 di sebuah bangunan dalam pembinaan di Lembah Sireh, di sini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA
RIM 26 Jun - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari...
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...
213 ANAK YATIM PARLIMEN ALOR GAJAH DIRAIKAN SEMPENA HARI ASYURA
REMBIA 26 Jun - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 213 anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim...
7 DEKAD, KELAB BELL BELIA TAMIL TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
AYER KEROH 26 Jun - Program Derma Darah 2026 anjuran bersama Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia dan Majlis Kelab...
WRUR RIM: MPJ PRIHATIN BAIK PULIH LIMA RUMAH UZUR
RIM 26 Jun - Sebanyak lima rumah uzur telah dinaik taraf dan dibaik pulih Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kos...
SEMANGAT HIJRAH PEMANGKIN BUDAYA KERJA WARGA CMI
AYER KEROH 26 Jun - Semangat hijrah bukan sekadar mengimbau perjalanan agung Rasulullah SAW, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya...
