Jalan Tangga Batu-Bukit Rambai ditutup 2 hari
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Rambai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai itu akan bermula tengah malam ini (11.59 malam 1 Julai) hingga 5 pagi 2 Julai.
Ia bagi menjalankan kerja-kerja memasang dan mengangkat struktur jejantas bagi kegunaan murid dan pelajar sekolah terbabit.
Bagaimanapun, bagi kenderaan ringan terdapat lencongan laluan trafik disediakan di kawasan berkenaan.
“Aktiviti ini dijangka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dari kesemua arah trafik yang terlibat. Patuhi papan tanda arah dan keselamatan yang telah dipasang.
“Pengguna laluan ini adalah digalak mengguna laluan alternatif bagi penyuraian trafik.
“Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya dan penduduk setempat amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih,” kata kenyataan itu.
Views:
Related


Berita Lain
MAKAN DURIAN SAMPAI PUAS DI MELAKA AGROFEST 2025
AYER KEROH 17 Jun - Penggemar durian berpeluang menikmati raja buah itu sepuasnya dengan hanya membayar RM15 seorang menerusi acara...
PENGHORMATAN KEPADA VETERAN ATM
AYER KEROH 17 Jun – Kejayaan menjejak dan menangkap empat pengganas komunis antara pengalaman paling berharga buat Pegawai Waran I...
MAYAT REPUT DI LADANG KELAPA SAWIT DISAHKAN LELAKI DEWASA
IPOH 16 Jun - Satu mayat reput tanpa pakaian yang ditemukan tergantung pada sebatang pokok di ladang kelapa sawit di...
PELATIH PLKN GAGAL LAPOR DIRI, MINDEF TUNGGU LAPORAN PENUH JLKN
AYER KEROH 16 Jun - Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedang melaksanakan penilaian dan menunggu laporan penuh daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara...
JAWATANKUASA KHAS TANGANI ISU PETANI BUKAN WARGANEGARA – EXCO
AYER KEROH 16 Jun - Melaka bakal menubuhkan jawatankuasa khas selewat-lewatnya bulan depan bagi menangani isu lambakan petani bukan warganegara...
1,000 VETERAN ATM MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN TERIMA PJM
AYER KEROH 16 Jun - Seramai 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Melaka dan Negeri Sembilan menerima Pingat Jasa...