
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
KLANG, 4 Julai – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.
Lee Wei Shen, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid yang kemudiannya menetapkan 7 Sept depan untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan kimia, toksikologi, bedah siasat dan forensik.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lee didakwa membunuh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang pada 3.40 pagi 26 Jun lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuruljannah Aimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mati dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di rumah lelaki itu di Kampung Idaman.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
