Sorting by

×

Peruncit tiada bekalan minyak masak lebih tiga minggu

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 4 Julai – Biarpun pemberian subsidi minyak masak paket masih diteruskan bagi rakyat Malaysia menikmati dan membeli barangan keperluan asas itu, namun akhir-akhir ini bahan itu sukar didapati di mana-mana peruncit.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di beberapa kedai runcit di sekitar Ayer Keroh mendapati ternyata bukan sahaja bekalan minyak masak paket yang sukar diperolehi namun minyak masak botol juga tidak terkecuali.

Ada peruncit yang menyatakan mereka sudah pun membuat tempahan hampir tiga minggu kepada pihak pembekal, tetapi sehingga hari ini masih tidak menerima bekalan minyak masak botol terutamanya minyak masak paket.

Ini seolah-olah timbul pula isu lain apabila subsidi yang diberikan oleh kerajaan telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepuasan dan keuntungan diri sendiri.

HANYA minyak masak jagung yang tinggal di salah sebuah kedai runcit sekitar Ayer Keroh.

Sudah tentu keadaan ini menyukarkan pengguna khususnya peniaga yang ingin mendapatkan bekalan minyak masak, jika sebelum ini harga minyak masak botol sekitar RM28 bagi lima kilogram, kini mencecah RM40 bagi lima kilogram mengikut jenama yang dijual.

Terdahulu sekitar jam 11.30 pagi, MHI melakukan tinjauan di sebuah pasaraya berdekatan untuk melihat sendiri harga yang dikenakan bagi setiap lima kilogram minyak masa botol.

Ada jenama masih mengekalkan harga RM29.70 sebotol, ada lebih RM45 sebotol dan ada yang mencecah sehingga RM48.90 sebotol. Bagaimanapun, pihak pasaraya hanya membenarkan pembelian sebotol minyak masak bagi setiap keluarga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1162
Kongsi :
Previous post Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Next post Tajuk-tajuk Utama Akhbar – Isnin, 4 Julai 2022
Ubah saiz-+=