
Tunku Azizah berkenan melawat CENTEXS Sarawak
KUCHING, 4 Julai – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Heritage Technology dan Gastronomy Academy di Centre of Technical Excellence (CENTEXS) di sini hari ini.
Baginda yang tiba di CENTEXS pada 3 petang meluangkan masa kira-kira tiga jam, melihat pameran tenunan keringkam dan songket serta sulaman manik dihasilkan oleh pelatih di akademi tersebut.
Tunku Azizah diiringi Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Baginda turut dipersembahkan dengan peragaan busana songket kontemporari dengan sentuhan moden oleh pereka fesyen tempatan Datuk Raymond Jolly, Wan Bainun Wan Zaizodin, Datuk Asfarena Samion Mon dan Harizan Khaider.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR AYER MOLEK: ZIARAH KASIH MAIM SANTUNI 10 KELUARGA ASNAF, MUALAF
AYER MOLEK 6 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menunjukkan keprihatinan ke atas golongan asnaf dan mualaf menerusi...
‘MELAKA SUDAH PINDAH?’ INI SEJARAH MELAKA PINDAH
MACHAP JAYA 6 Mei – Nama Melaka Pindah sering menjadi gurauan dan usikan ramai terutamanya di media sosial apabila mengaitkan...
INISIATIF 1 PBT 1 AMBULANS PERKUKUH BANTUAN KECEMASAN DI JASIN
JASIN 6 Mei - Orang Jasin kini lebih mudah mendapatkan perkhidmatan kecemasan ambulans susulan pelaksanaan inisiatif ‘1 PBT, 1 Ambulans’...
WRUR AYER MOLEK: PENDUDUK KAMPUNG BUSUT LICIN DAPAT DUA BERITA GEMBIRA
AYER MOLEK 6 Mei – Jalan tanah merah sepanjang satu kilometer (km) yang menjadi laluan utama penduduk di Kampung Busut...
WRUR AYER MOLEK: MPHTJ MASUK KAMPUNG, BAIKI KEDIAMAN UZUR
AYER MOLEK 6 Mei - Sejak pagi suasana di Kampung Busut Licin sibuk dengan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan persekitaran penempatan...
PASANGAN KEKASIH DITAHAN SEMBUNYI KELAHIRAN, GUGUR KANDUNGAN
AYER KEROH 6 Mei – Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes menggugurkan kandungan secara paksa serta menyembunyikan janin...
