
‘Gergasi Merah’ dibenam Melaka
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) kembali ke landasan kemenangan apabila membenam Selangor FC 2-0 dalam aksi di Stadium Hang Jebat malam tadi.
Dua gol Melaka dijaringkan Ifedayo Olusegun pada minit ke-39 dan 57.
Aksi separuh masa pertama bermula dengan banyak asakan ditujukan ke kawasan Melaka United dan skuad Gergasi Merah dilihat selesa mendominasi permainan dengan hantaran-hantaran pendek.
Namun, akibat dari kelalaian benteng pertahanan Selangor, penyerang Melaka United, Ifedayo Olesugon berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-39 perlawanan selepas menyempurnakan hantaran Sony Norde.
Bersambung di babak kedua, skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner terus mengasak gawang tuan rumah bagi mencari gol penyamaan.
Namun, pada minit ke-57, Melaka United sekali lagi menambah derita pasukan Selangor apabila Ifedayo memanfaatkan peluang terhidang untuk menjaringkan gol kedua buat Melaka.
Kekebalan barisan pertahanan Melaka United kekal ampuh tanpa dibolosi hingga menuju ke minit akhir permainan.
Empat minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan dan menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya mengutip tiga mata penuh.
Pada 20 Julai depan, Melaka United akan bertemu PJ City di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
