
Upacara pengebumian Abe diadakan hari ini
TOKYO, 12 Julai – Pengebumian bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang maut akibat ditembak pada Jumaat, diadakan di kuil buddha Zojoji di tengah Tokyo pada Selasa, lapor Sputnik.
Pada Isnin, satu majlis perpisahan dihadiri saudara mara, rakan dan rakan sekerja Abe, diadakan di kuil yang sama. Seramai kira-kira 2,500 orang menghadiri majlis itu termasuk Duta Rusia ke Jepun Mikhail Galuzin.
Bilangan tetamu yang dibenarkan menghadiri upacara pengebumian adalah terhad.
Mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri itu boleh berbuat demikian dalam dua upacara khas yang mungkin akan diadakan kemudian di Tokyo dan di Shimonoseki, kampung halaman Abe. Namun, tarikhnya belum diumumkan.
Abe ditembak pada pagi Jumaat di bandar raya Nara, Jepun ketika sedang berucap dalam satu kempen. Tetsuya Yamagami, 41, mendekati ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki). Penyerang dilaporkan merancang pembunuhan bekas ketua kerajaan berusia 67 tahun itu selama hampir setahun.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MENARA TAMING SARI KONGSI KASIH, SENTUH HATI PENGHUNI RUMAH SERI KENANGAN
PAYA RUMPUT 22 Julai – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheng apabila menerima kunjungan kakitangan...
MPHTJ PELAJARI BAHASA ISYARAT DEKATI KOMUNITI OKU
AYER KEROH 22 Julai - Komunikasi yang mudah difahami menjadi kunci kepada perkhidmatan lebih inklusif terutama dalam memastikan komuniti Orang...
PENJUAL KEROPOK DIDAKWA CEROBOH, SELUDUP TEMBAKAU KE DALAM PENJARA GUNA DRON
MELAKA 22 Julai - Seorang penjual keropok mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas...
MPAG UBAH WAJAH TANDAS AWAM BERTARAF ‘BMW’
REMBIA 22 Julai - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkukuh budaya kebersihan awam menerusi penganjuran Kempen Tandas Bersih MPAG...
POKOK TUMBANG HEMPAP RUMAH, ‘KAK SOM’ DAN KELUARGA SELAMAT
PENGKALAN BATU 22 Julai – Kediaman Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin di Pantai Peringgit di...
BELIA DIPELAWA JADI USAHAWAN TANI, JANA PENDAPATAN LUMAYAN DI KAMPUNG SENDIRI
MERLIMAU 22 Julai - Pertanian bukan lagi kerjaya kelas kedua, sebaliknya kini berubah menjadi teras utama keterjaminan makanan dan pemangkin...

